Selamat Datang Ke Sadau FM ...Dengarkan sadau fm yang berkumandang dicorong radio anda di 100.00 mhz teruskan bersama DJ DJ sadau FM ...info terkini ..dekat dihati . TERUSKAN DENGAN SADAUFM ..PENYAMPAI MAKLUMAT DAN HIBURAN SENSASI..TERUSKAN BERSAMA KAMI SETIAP PETANG ISNIN -JUMAAT 5.00 PM 615 PTG SABTU 11.00 PAGI SEHINGGA JAM 11.00 MALAM --AHAD 9.00 PAGI SEHINGGA 615PM >
Pesanan Sadau FM Mutiara Kata
Video Terpilih Sadau FM Sempena Raya

Saturday, September 26, 2009

Renungan buat Yang Bernama AKU



1. Seseorang yang masuk kerja pukul 8:35 am sedangkan waktu mula kerja adalah 8:30 am sudah dikira lewat datang kerja TETAPI jika seseorang itu sembahyang Zohor pukul 2:00 pm atau 2:30 pm masih dikira awal waktu mengikut tafsiran umum sedangkan masuknya waktu Zohor di Semenanjung Malaysia adalah sekitar pukul 1 - 1:30 pm. Bukankah ini salah faham namanya?

2. Kita mengeji dan mengutuk Amerika terutamanya di saat perang ini TETAPI ramai daripada kita tak boleh tinggal rokok yang dibuat oleh orang Amerika di negara kita ini dan tidak kurang juga di kalangan kita yang menjadi peminat dan pembeli setia filem-filem Amerika yang kaya dengan propaganda itu terutamanya filem-filem aksi dan perang. Di satu sudut kita penentang dan di satu sudut yang lain kita penyokong dan pendokong mereka. Adakah ini maknanya benci tapi sayang ?

3. Kalau ada pelancaran skim-skim amanah saham maka berduyun-duyunlah orang pergi melabur untuk masa depan katanya TETAPI bila ada pelancaran Tabung Derma (saham Akhiratlah tu) untuk bantu siapa-siapa yang memerlukan nak mengumpul satu juta RM pun cukup payah dari rakyat Malaysia yang lebih 22 juta ini malah ada yang ambil masa berbulan-bulan walaupun mendapat publisiti meluas melalui media massa. Mana yang lebih kita cinta?

4. Kita sangat sensitif dan terharu bila mendengar atau melihat ada ibubapa yang mendera fizikal anak-anak kecil dan membuang bayi merata-rata seperti sampah TETAPI kita jarang rasa sedih dan terharu bila ramai ibubapa yang mendera anak-anak secara maknawinya dengan tidak mendidik menjadi anak-anak yang soleh seperti mengenalkannya Allah, sembahyang, hormat orang tua, tutup aurat dan sebagainya agar tidak didera oleh malaikat di dalam kubur dan Neraka. Bukankah penderaan bentuk ini lebih meluas di serata dunia ? Bukankah ini satu perbuatan buang anak juga iaitu buang anak dalam api neraka? Mana lebih hina buang anak dalam tong sampah atau buang anak dalam api Neraka? Anak yang di buang dalam tong sampah belum tentu masuk Neraka kalau dia hidup tapi anak yang tidak dididik dengan sempurna akan rosak hidupnya yang kesudahannya akan ke Neraka juga.

5. Kita selalunya akan cepat-cepat ucapkan terima kasih pada sesiapa yang membantu kita dan akan kenangkan budinya sampai bila-bila TETAPI dengan Tuhan yang memberikan kita segala nikmat yang tak terhitung banyaknya, setiap detik dan setiap masa, kita jarang rasa terhutang budi dan berterima kasih setiap masa dengan cara yang dituntut-Nya.

6. Kita pasti berasa malu dan terhina bila ada orang yang mendedahkan keaiban kita TETAPI tidak pun rasa malu dengan Tuhan yang sudah sedia tahu kesalahan kita lahir dan batin, kecil dan besar.

7. Ramai lelaki memberikan alasan nak ikut sunnah Nabi SAW bila nak berpoligami TETAPI cara kehidupan dan amalannya sangat jauh dari sunnah. Ini pergunakan agama untuk kepentingan diri namanya. (Kalau perangai macam tu macam mana isteri nak bagi kahwin lain. )

8. Ramai perempuan tidak rela dimadukan oleh sang suami TETAPI ramai juga yang merelakan suaminya main perempuan di luar rumah asalkan sang suami tak kahwin lain. Alangkah buruknya sikap sebegini membiarkan sang suami bergelumang dengan dosa asalkan diri tidak berkongsi suami.

9. Kahwin 4 lebih baik dari kahwin 3, kahwin 3 lebih baik dari kahwin 2, kahwin 2 lebih baik dari kahwin
1 sekiranya mampu berlaku adil dalam semua segi TETAPI kahwin 1 lebih baik 2, kahwin 2 lebih baik dari 3, kahwin 3 lebih baik dari 4 jika tak mampu untuk berlaku adil pada kedua-duanya atau ketiga-tiganya atau keempat-empatnya. Hisab dan nilai diri dahulu sebelum pilih yang mana satu.

10. Pemimpin-pemimpin selalunya meniup seruling kedamaian, bersatu dan berkasih sayang sesama manusia TETAPI pemimpin yang sama juga di pentas yang lain memalu gendang permusuhan, menyalakan obor peperangan memotong tali persaudaraan.

11. Kita selalu rasa dia salah, dia jahat, dia tak betul, dia menyeleweng dan sebagainya TETAPI kita jarang sekali rasa aku jahat, aku berdosa, aku tidak betul, aku bersalah, kerana aku dia jadi begitu sedangkan sikap-sikap ini sangat dianjurkan.

**Mati Hanya Sekali, Jadikannya Di Jalan Allah**

APA ITU CINTA


Apa Itu Cinta?
--------------

tanyalah siapa saja apa itu cinta... sure anda akan dapat jawapan yang berbeza2 dari setiap orang... definisi cinta terlalu luas.. tak kiralah cinta sesama keluarga, adik beradik, pasangan kekasih... atau pada artis pujaan(??) hehehehe....

Cinta adalah satu perasaan yang wujud terhadap seseorang yang menarik minat kita untuk mendekatinya. cinta selalunya lahir dari hati yang tulus dan ikhlas. kalau buleh, kita nak seisi dunia tahu yang kita telah jatuh cinta....

Ada Apa Dengan Cinta?
---------------------

hehehehe.... bukan citer indonesia tu lah... bukan jugak lagu melly. ramai yang tidak menyedari apa gunanya cinta. cinta memainkan peranan yang sungguh kuat dalam kehidupan kita. kadang2.. nak pi keje pun malas, kan.. tetiba masuk sorang boss baru yang hensem dan ala2 David Becham (ahaks!!) kat office kita... wow!!! hensemnya dia... sure tetiap hari semangat nak ke office tu berkobar2, kan! yalah... kalaulah dapat berselisih bahu dengan dia dan terbau perfume Polo Sport yang dia pakai tu... alahaiii.... tak tidur malam jadinya!!

tak kurang juga... kalau katakan, kita bergaduh dengan kekasih kita.. ala... bukan hal besaq pun sebenaqnya... pasai dia terlupa harijadi kita je...!! hambooii... merajuk.. tak hingat nyer panjang muncung dia tu! kalau nak buat sangkut baju pun buleh! time tu.. rasanya kalaulah mamat tu duduk kat depan muka kita la... nak je benamkan muka dia kat dalam kolah bilik mandi, kan! heheehe... lepas tu... semua orang dalam rumah habis kena taufan kita! ada je yang tak puas hati! ada je yang tak kena... kucing terlanggaq kita pun, habis kena tendang!!

hah.. itulah penangan cinta... jangan ingat cinta tak bawak effect apa2 pada si pencinta.... sekali kena penangan cinta.. harus gunung pun buleh runtuh....

Bagaimana Nak Tahu Kita Dah Jatuh Cinta?
----------------------------------------

"dari jauh dah nampak kelibat sorang mamat yang segak berbaju Melayu teluk belanga. hati kita berdebar-debar... kita nampak pokok yang besaq. nak nyorok kat sana ke? kang dia tak perasan lak! time tu, kita punyelah sibuk belek sana belek sini... takut2 kain senget sebelah ke... rambut kusut ke... eh! lipstik ada tak ni? kang nampak pucat je... tak menawan pulak... nak senyum macam mana ek? nak tegur ke tak ni? kang tegoq kang.. dia kata gatal pulak.. ish... tak tegoq kang.. melepas pulak....."

hehehehee.... peristiwa di atas pernah terjadi pada anda? apa yang anda rasa bila orang yang anda minati berada di depan mata anda... hai... kalaulah jantung tu buleh keluar, dah lama tercabut dari tangkainya, kan! ahaks...

bila kita dah berdebar2 tu... bila kita asik nak tarik perhatian orang tu je... tandanya kita dah crush kat dia. kalau buleh, nak dengar suara dia selalu... nak tengok muka dia sepanjang masa... nak dia beri perhatian pada kita sorang je.. terdengar dia sakit sikit, teruih pi cari ubat untuk dia. padahal kita sindri sakit, tahan dok merengkok je kat umah....

time tu... mulalah ilham mai terkepuk2. sampai membuak2... kalau beli buku tulis budak sekolah, harus penuh satu buku! heheeheh... itu tandanya dah jatuh cintalah tu....

Apa Nak Buat Kalau Jatuh Cinta?
-------------------------------

1/ pastikan yang anda benar2 jatuh cinta padanya atau hanya suka saja2.

2/ check dulu.... dia dah berpunya atau belum... jangan main bantai nak crush je kat dia... sekali... tengok2 anak dah ada 2 orang... heheeh...

3/ jangan tunjukkan sangat perasaan anda. cuba dekati dia perlahan2 dulu. jangan terus serang je sesiapa yang bersamanya.

4/ kalau betul2 dah sukakan dia, apa kata berterus terang. zaman skang ni bukan zaman 60-an kan! lelaki dah buleh terima kalau perempuan yang mulakan dulu!!

5/ just be ur self. elakkan mengubah identiti anda mengikut seleranya. katakan, dia sukakan perempuan yang berpakaian seksi sedangkan anda tidak. takkanlah nak tukar imej pulak, kan! silap2 haribulan, orang ingat anda dah tak betul!!

6/ cuba tarik perhatiannya. kalau segala yang anda buat betul di matanya... bolehlah terus pada step seterusnya!

Perbezaan Cinta, Sayang, Suka dan Minat
---------------------------------------

Oppsss.... jangan salah faham di antara cinta, sayang, suka dan minat....

Cinta - kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya.

Sayang - kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita.

Suka - kita sukakan dia kerana dia kelakar. dia happy-go-lucky. bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. tapi, kita taklah rindu giller kat dia bila tak berjumpa seminggu...

Minat - apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. katakan, kita suka orang yang tinggi, tegap dan botak. cam Lex Luthor lah katakan.... ahaks!! then, kita terjumpa ngan orang sebijon cam si Lex ni. so, sure kita dok intai2 dia... tengok apa yang dia buat... ataupun, dia pandai melukis. apa je yang dia lukis, cantik belaka.... kita pula suka lukisan tapi tak pandai melukis pulak.... jadi, kita minat pada dia sebab lukisan....

ALANGKAH SUSAHNYA UNTUK BERLAKU IKHLAS



Ikhlas adalah salah satu daripada sifat-sifat mahmudah yang
paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan, para
malaikat pun tidak tahu. Yang punya diri pun tidak dapat
mengesannya. Ia adalah penentu apakah amalan seseorang itu
diterima atau ditolak oleh Allah. Ada para Sahabat bila mendengar tentang ikhlas itu dari Rasulullah SAW mereka menangis.Mereka merasa tidak selamat. Mereka merasakan tidak mungkin memperolehi sifat ikhlas yang begitu tinggi kedudukan dan nilainya itu.

Oleh kerana susahnya untuk mendapatkan sifat ikhlas itu,
Islam tidak membenarkan seseorang itu mengaku dia adalah
ikhlas. Siapa yang mengaku dia ikhlas kalaupun sebelum itu
dia ikhlas, automatik keikhlasannya terbatal. Kalau begitu, salah sekali selama ini yang berlaku di dalam kehidupan kita, seolah-olah telah menjadi budaya apabila seseorang itu memberi,menolong, membantu dengan berkata:
“Ambillah! Saya ikhlas ni!”

“Saya telah tolong dia dengan ikhlas. Kemudian dia memusuhi
saya.”

“Saya hendak tolong awak ini dengan ikhlas! Tapi saya sedih,
awak menolaknya.”

“Saya ikhlas hendak bagi sebanyak ini, saya bagilah!”

Di dalam menulis surat selalu ditutup dengan perkataan,
“Saya yang ikhlas.”

Orang yang mengaku ikhlas, ertinya dia mengaku orang yang
paling baik. Di dalam ajaran Islam, mengaku baik itu adalah
satu kesalahan. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi ternafi keikhlasannya. Tiada yang mengetahui seseorang itu ikhlas sekalipun yang punya diri, walaupun malaikat, melainkan Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Oleh itu tiada seorang yang berhak mengaku ikhlas. Cuma
berusahalah untuk menjadi orang yang ikhlas. Moga-moga kita
ikhlas. Setelah kita berbuat demikian moga-moga setiap amal
yang kita buat itu diterima oleh Allah SWT.

APA ERTI IKHLAS?
Erti ikhlas itu ialah murni, bersih. Sesuatu benda itu kalau
jenisnya sahaja, tidak bercampur jenis lain, dianggap benda itu bersih, murni, tidak dinodai oleh benda-benda lain. Sebagai contoh, kalau air itu semata-mata air, kalau air itu tercampur sabun, nila atau tepung, air itu tidak khalis. Ertinya air itu tidak murni lagi. Tidak mutlak lagi. Tidak bersih, tidak pure kerana tercampur benda lain yang bukan jenisnya. Ertinya air telah ternoda atau dinodai oleh benda yang lain. Atau ia telah diwarnai oleh benda lain.

Begitulah kita beramal, berusaha dan berjuang seperti bersembahyang,puasa, zakat, naik haji, membaca Al Quran,
mengajar, berdakwah, memberi, menolong, motivasi, forum,
ceramah dan belajar adalah kerana Allah Taala, kerana suruhan-Nya, kerana perintah-Nya, kerana keredhaan-Nya, kerana arahan-Nya, kerana mentaati-Nya dan patuh kepada-Nya.

Jadi perkara yang kita buat itu, seperti contoh-contoh di atas kerana-Nya adalah satu, tujuannya satu, didorong oleh satu, iaitu Allah SWT. Demi untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Tidak bercampur dengan kerana-kerana yang lain selain kerana Allah Taala. Itulah yang dikatakan orang yang ikhlas, iaitu dia membuat kerja-kerja tadi kerana-Nya murni. Tujuannya bersih. Dorongan dari satu iaitu Allah SWT.
Jika niat atau dorongannya telah tercampur dengan kerana-kerana lain atau ada terselit niat-niat lain di dalam kerana Allah itu, dorongannya bukan satu lagi tapi sudah menjadi dua atau tiga. Misalnya, niat membuat kerja itu dicampur sama kerana riyak, megah, nama, glamour, pangkat, duit, kerana orang minta,kerana takut orang tidak suka, untuk mental exercise, kerana boring di rumah, kerana hendak lari daripada masalah, kerana ingin sokongan atau undi, kerana hendak menguji kemampuan,kerana hendak berlawan, kerana hadiah, kerana piala, kerana kawan. Maka orang itu sudah tidak khalis lagi di dalam kerjakerjanya.Ikhlas sudah tiada, sudah tidak murni, ikhlasnya telah
ternoda.

Justeru apa yang dibuat itu ‘kerana Allah’nya telah bercampurdengan kerana-kerana yang lain. Oleh itu ‘kerana Allah’nya sudah tidak bersih atau tidak murni lagi, niatnya telah bersekutu.Niatnya telah syirik, iaitu syirik khafi. Di Akhirat nanti Allah meminta orang itu, “Pergilah minta pahala daripada orang yang awak keranakan itu.” Allah Taala tidak akan membalas kebaikan apa-apa kepada orang itu kerana tujuan dia beramal itu tidak kepada Allah lagi atau tidak sepenuhnya kerana Allah Taala tapi ada kerana yang lain selain Allah Taala.

Untuk berlaku ikhlas di dalam sebarang perbuatan kita amat
susah sekali. Terutama kerja-kerja dan amalan yang ada hubung kait dengan kepentingan umum atau dengan orang ramai atau amalan yang terdedah kepada pandangan umum seperti ceramah,dakwah,mengajar,belajar,gotong-royong,membaca Al
Quran di hadapan khalayak, forum, wawancara, memberi hadiah,
memberi bantuan di hadapan umum atau di hadapan orang ramai. Lebih-lebih lagi bagi orang yang jarang memikirkan hati, kurang muhasabah hatinya, hatinya dibiar atau terbiar,
jarang diambil tahu atau diambil kira, selalunya lebih banyak terjebak kepada tidak ikhlas. Ramai yang nawaitunya tercampur dengan hal-hal huzuzunnafsi, kepentingan atau tujuan diri sama ada disedari atau tidak disedari kerana kurang menyuluh hati.

Adakalanya amalan itu awal-awal lagi nawaitu atau niatnya
telah rosak. Ibarat membuat rumah atau bangunan di atas
lumpur maka awal-awal lagi rumah atau bangunan itu runtuh
di awalnya lagi. Kalau tidak di awalnya, rosak pula di pertengahan jalan. Kadang-kadang di awal-awal dan di pertengahan jalan masih hatinya kerana Allah, tidak bercampur kerana kerana yang lain selain Allah Taala, tapi dia terjebak di hujung atau di akhir perbuatannya.

Di sini saya datangkan contoh bagaimana ia boleh terjadi.
a. Niat rosak di awal lagi.
Katalah kita hendak berdakwah di satu tempat pada hari sekian sekian.Sama ada kita yang membuat program itu,penduduk tempat itu menjemput kita. Hati kecil kita pun
berkata:
“Ha! Inilah masanya aku akan popular.”
“Aku akan terkenal!”
“Adalah peluang duit poket!”
“Aku akan hentam puak-puak ini yang menjadi musuh aku
selama ini.”
“Barulah mereka tahu siapa aku!”
“Padanlah muka mereka nanti!”

Usaha dakwahnya rosak sama sekali! Di awal-awal lagi sudah
tidak ada keikhlasannya. Bukan kerana Allah Taala tapi kerana diri kita sendiri atau kerana tujuan menghentam, tapi kita menggunakan hak-hak Allah sebagai alat. Ini ibarat melukis di atas air atau membangunkan rumah di atas lumpur.

b. Rosak di pertengahan.
Bagaimana pula rosak di tengah-tengah atau di dalam perjalanannya.

Mula-mula memang dibuat kerana Allah. Hati berkata: “Aku wajib menyampaikan seruan Allah itu. Lebih-lebih lagi
peluang sudah ada atau sudah terbuka.”

“Aku mesti mengisi program itu. Aku tidak ada apa-apa
keuzuran. Kalau aku tidak mengisi program itu nanti Allah
marah.
Insya-Allah aku akan pergi berdakwah di tempat itu.”
Waktu sedang menyampaikan dakwah dengan petahnya,
dengan bahasa yang indah, dalil-dalil dan hujah-hujah yang
fasih, orang ramai pun mengangguk-angguk. Begitu ceria muka
mereka mendengarnya dan menerima apa yang kita sampaikan
menunjukkan ada respon dari orang ramai. Hati kita pun berbunga.

Syaitan pun menghembus-hembuskan ke dalam hati
untuk kita lupa dengan Allah. Kita pun terasa luar biasa. Hati kita pun membisikkan kepada kita:
“Hebat aku ni!”
“Boleh tahan juga aku ini.”
“Payah juga orang lain hendak menandingi aku.”

Di pertengahan dia rosak. Rosak di dalam perjalanan. Keikhlasannya tadi telah diungkaikannya semula. Dia telah berkongsi niat di antara Allah dengan dirinya sendiri, syirik khafi.Ibadahnya atau kebaikannya berdakwah itu telah dibatalkan.Ibarat membuat rumah atau bangunan, sedang membinanya belum pun siap lagi telah diruntuhkan semula.

c. Rosak di hujung.
Di awalnya sebelum berdakwah itu niatnya sudah bagus. Dia
hendak berdakwah di tempat dan masa sekian-sekian, tujuannya
betul kerana Allah. Dia ingin menunaikan tanggungjawab untuk
menyampaikan risalah Tuhan kepada umat. Apabila sampai
masanya, berhadapan dengan orang ramai, dia pun menyampaikan
dakwahnya.
Di waktu itu hatinya masih baik. Belum tergugat lagi. ‘Kerana Allah Taala’nya masih belum terungkai lagi. Tapi dalam perjalanan pulang dari majlis dakwah itu, ada kawan yang sama-sama berada di dalam keretanya pun bercakap:“Ustaz bercakap tadi sedap betul.”

“Saya tengok orang ramai di majlis itu mengangguk saja
tanda memberi respon.”
“Ustaz ni kalau terus-menerus boleh membuat dakwah ini,
ustaz akan lebih lagi lincah dan matang.”

Hatinya terus berbunga. Ujub pun datang. Syaitan membisikkan
di dalam hatinya bahawa dia orang yang mampu dan
berkebolehan. Dia telah lupa kemampuan itu anugerah dari
Allah Taala yang Maha Pengurnia. Patut dia malu kepada Tuhan
kerana Allah Taala telah memberi dia berkebolehan di dalam
berceramah atau pidato.

Maka terbatal pula ibadahnya. Pahala dakwahnya malam itu
telah terkorban. Ibarat membangunkan rumah atau bangunan,
siap-siap sahaja rumah itu, ia pun runtuh.

Apa yang kita bawa ini adalah sebagai satu contoh. Kita
bolehlah kiaskan kepada usaha-usaha dan kerja-kerja yang lain.

Apakah usaha dan kerja itu kita buat kerana Allah atau kerana kita seratus peratus atau bercampur kerana Allah dengan kerana kita.

Berdasarkan apa yang kita tulis ini, masya-Allah, terasa
sungguh oleh kita susahnya untuk menjadi orang yang ikhlas,
sedangkan ikhlas itu adalah roh ibadah. Penentu apakah ibadah-ibadah itu tertolak atau diterima.

Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum
ini, kalaupun ada berbuat, sudah tentu payah sekali hendak
mengelakkan daripada huzuzunnafsi ini. Iaitu ada tujuan kerana diri. Kalaulah bukan bantuan dan pimpinan-Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan yang kami buat mungkin tertolak semuanya.

Para pembaca, di sinilah rahsianya mengapa kadang-kadang
usaha dan perjuangan kita itu tidak berkesan, walaupun usaha
sudah dilakukan, respon orang ramai pun ada, tapi kesannya
tiada. Orang ramai tidak juga berubah dari dakwah kita itu. Apa yang diucapkan oleh mulut kita tidak sama di hati. Apa yang dicakapkan oleh mulut kita sudah cantik, tidak ada cacat celanya, tapi cacat di hati. Jadi apa yang diucapkan oleh mulut itu hanya jatuh di mulut orang ramai. Orang ramai memuji-muji kita,mengulas-ulas dan memperpanjang-panjangkan ceramah kita.Namun hati tidak berubah apa-apa kerana di sini terhijab bantuan daripada Allah Taala disebabkan niat atau hati kita telah rosak oleh mazmumah riyak dan lain-lain lagi. Di waktu itu sifat-sifat taqwa kita sudah ternafi. Allah Taala tidak akan menolong orang yang tidak bertaqwa.

Oleh itu marilah kita membuat kerja-kerja kebaikan dengan
hati yang tunduk, yang tawadhuk, penuh malu kepada Tuhan,
rasa takut dan cemas. Takut kalau-kalau amalan kita itu ditolak oleh Allah Taala. Firman Allah:
Maksudnya: “Ikhlas itu satu rahsia dalam rahsia-Ku,
Aku titiskan ia dalam hati hamba-hamba-Ku yang Aku
kasihi.” (Hadis Qudsi)

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang
gambaran lahir kamu tapi dia melihat apa yang ada di
dalam hati kamu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Marilah kita berhati-hati moga-moga kita selamat.
Ya Allah, berilah kami selalu hidayah dan taufik-Mu agar
perjalanan lahir dan batin kami berjalan selari menuju
keredhaan-Mu, ya Allah!