Saturday, August 29, 2009
Wednesday, August 26, 2009
Sebat Peminum Arak
[zaharuddin] : Menjawab Dr Mahathir
Wednesday, August 26, 2009 3:39 AM
From:
"zaharuddin arahman"
Add sender to Contacts
To:
"zaharuddin"
Isu Sebat : Jawapan Kepada Tun Dr Mahathir
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin. net
Negarawan Malaysia, Tun Dr Mahathir, berkata di dalam blognya : Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak? Beliau kemudiannya berkata :
"Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil". Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?
Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan."
Sebagai menyahut pertanyaan Tun tersebut, saya sediakan artikel ringkas ini memberikan input kepada beliau dan mereka yang masih tertanya-tanya.
ARAK DAN STATISTIK KEBURUKANNYA
Sebelum saya menghuraikan ringkas jawapan bagi persoalan Tun Dr Mahathir, izinkan saya meningingatkan pembaca berkenaan arak dan statistik keburukannya, sehingga menyebabkan Islam begitu bersungguh melarang dan meletakkan undang-undang ke atas peminumnya juga. Ia sebenarnya tidak lain kecuali untuk mengutamakan keadilan umum, di atas hak individu.
Menurut statistik rasmi di United Kingdom, Alcohol-related crime adalah seperti berikut :-
* Hampir 45 - 46 % kejadian jenayah, mangsa meyakini bahawa penyerangnya di bawah pengaruh alcohol (arak).
* Angka tadi naik kepada 58% dalam kes serangan oleh individu yang tidak dikenali.
* 39% keganasan dalam rumahtangga melibatkan alcohol (arak)
* Hampir sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007-2008, dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa mabuk.
(Source: British Crime Survey 2007/0
Manakala di Russia pula, sekitar 72 % kes pembunuhan adalah berkait dengan akibat minuman arak. 42 % pula kes mati bunuh diri hasil dari arak. Menurut Prof Nemtsov, Russia kehilangan (mati) rakyatnya seramai 500,000 ke 750,000 akibat arak. ( sumber )
Tanpa had dan kawalan berkesan, lebih menggerunkan di UK statistik menunjukkan 30% kanak-kanak berumur 11 hingga 15 tahun turut minum arak sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Selain penyebab jenayah, arak juga turut memberi impak amat buruk kepada kesihatan.
Seorang doktor di London memaklumkan purata umur pesakit dari kesan arak adalah berumur 20 ke 30 tahun, sebelum ini biasanya mereka yang berumur 50 tahun ke atas sahaja yang kerap ke hospital akibat arak. (rujuk)
Dilaporkan oleh organisasi kesihatan, di United Kingdom jumlah penduduk yang dirawat akibat penyakit dari kesan minuman arak bertambah dua kali ganda sejak sepuluh tahun lepas.
Secara purata rakyat Britain 'menelan' arak sebanyak 9.6 liters arak keras dan tulen secara tahunan, ia lebih dahsyat dari Russia yang mencatatkan 8.7 liter sahaja. Sedangkan Russia diwartakan sebagai negara yang terbanyak ‘peminum arak' sebelum ini.
Hasil dari petikan statistik ringkas ini, adakah masih terdapat pemimpin yang begitu ‘TIDAK BERTANGUNGJAWAB' sehingga sanggup mempertahankan penjualan arak dengan MELUAS tanpa kawalan dan hanya beriman dengan ‘kawalan diri'?, disamping membawakan hujjah hak kebebasan individu, bangsa, agama tertentu dan hak syarikat?.
Sebenarnya, membenarkan penjualan arak adalah satu pencabulan hak bagi majoriti masyarakat Malaysia yang lain, kerana ia mendedahkan individu lain dalam keadaan bahaya sebagaimana yang berlaku di UK, Russia dalam lain-lain negara aktif arak.
HUKUMAN MINUM ARAK DALAM ISLAM
Dalam Islam, arak itu sendiri adalah haram atau dilarang. Sama ada minum sedikit atau banyak adalah sama sahaja larangannya. Demikian juga dadah. Sabda Nabi s.a.w
ما أسكر كثيره فقليله حرام
Ertinya : Apa-apa yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga haram ( walaupun belum memabukkan) ( Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud : Ibn HIbban : Sohih )
Ayat al-Quran dan hadis berkenaannya terlalu banyak dan amat biasa kita baca. Islam mengakui wujudnya manfaat kecil dari arak tetapi manfaatnya adalah berdiri di atas kehancuran pihak yang lain. Sama seperti judi, yang menang sememangnya gembira namun ia menang di atas kekalahan pihak yang lain.
Firman Allah swt :
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا
"Mereka bertanyakan kepada kamu tentang arak dan judi, katakanlah (kepada mereka) pada kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan kebaikan kepada manusia, dan dosa pada kedua-duanya lebih banyak dari kebaikan" (Al-Baqarah : 219)
Lagi Allah menegaskan :-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah ( DIHARAMKAN) perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan ( Al-Maidah : 90)
Terbukti secara teori dalam ilmu Islam dan realiti dari statistik yang diberikan, arak adalah salah satu punca utama jenayah, selagi ruang dan peluang dibuka seluasnya selagi itulah manusia akan melakukan kesalahan mabuk.
Kerana itu nabi menyebut :-
الخمر أم الخبائث
Ertinya : Arak itu adalah ibu kepada kejahatan ( Hadis Hasan : Albani ; Silsilah Ahadith As-Sohihah, 1854)
Gunakan kuasa dengan tepat dan adil, selaras dengan perjuangan kamu. Adil dalam konteks arak adalah mengharamkannya dalam penjualan bebas.
HUKUMAN SEBAT BAGI PEMINUM ARAK
Bagi sesiapa sahaja yang bertanya dari kitab mana, dan buku mana, sumber mana diambil hukuman sebat bagi peminum arak, jawabnya adalah seperti berikut, tindakan mengenakan sebatan bagi peminum arak adalah diambil dari kumpulan hadis-hadis Nabi yang cukup banyak, antaranya :-
1) Hadis Nabi :
إذا شربوا الخمر فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم
Ertinya : Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka ( Riwayat Abu Daud)
2. Hadis Nabi :
أن النبي أتي برجل قد شرب الخمر , فجلده بجريدتين نحو أربعين
Ertinya : Nabi telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim) [1]
3. Hadis Nabi
كان يضرب في الخمر بالنعال والجريد أربعين
Ertinya : Sesungguhnya dipukul (sebat) bagi arak (peminum) dengan kasut-kasut dan pelapah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim) [2]
4. Hadis Nabi :-
أن النبي صلى الله عليه وسلم : جلد في الخمربالجريد والنعال , ثم جلد أبو بكر أربعين فلما كان عمر ودنا الناس من الريف والقرى , قال : ما ترون في جلد الخمر؟ فقال عبدالرحمن بن عوف : أرى أن نجعلها كأخف الحدود , فجلد عمر ثمانين
Ertinya : Sesungguhnya Nabi s.a.w merotan (sebat) dalam kes arak dengan pelepah tamar dan sepatu, kemudian Abu Bakar ( di zaman pemerintahannya) juga menyebat dengan 40 kali sebatan, di ketika pemerintahan Umar, beliau meminta pandangan orang ramai dari kampong dan desa lalu berkata : Apa pandangan kamu berkenaan sebatan bagi peminum arak?, lalu Abd Rahman Auf berkata : Aku berpandangan kita menjadikannya hudud yang paling ringan (merujuk kepada sebatan qazf) [3], maka Umar membuat keputusan untuk menyebat dengan 80 kali sebatan ( Riwayat Muslim dan Abu Daud)[4]
5. Athar sahabat
قال علي : جلد رسول الله في الخمر أربعين , وأبو بكر أربعين , وعمر ثمانين , وكل سنة وهذا أحب إليّ
Ertinya : Berkata Ali r.a : Rasulullah menyebat peminum arak 40 sebatan, Abu Bakar juga 40 sebatan, Umar menyebat 80 sebatan, semuanya adalah sunnah, dan ini ( merujuk kepada 40 sebatan) adalah lebih aku sukai. ( Riwayat Muslim ) [5]
6. Hadis Nabi
أن رجلا رفع إلى النبي صلى الله عليه وسلم قد سكر ، فأمر قريبا من عشرين رجلا ، فجلدوه بالجريد ، والنعال
Ertinya : Seorang lelaki dibawa ke penghakiman Nabi s.a.w kerana telah mabuk (minum arak), lalu Nabi s.a.w mengarahkan sekitar 20 orang lelaki untuk menyebatnya dengan pelepah tamar dan sepatu ( Al-Bayhaqi)[6]
Jiak dikatakan, itu semua hadis, mana dalil al-Quran yang suruh, jawabnya adalah
وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
Ertinya : Kami turunkan kepadamu Al Qur'an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan ( An-Nahl : 44)
Maka itulah tugas hadis nabi yang bersumber dari kata-kata, perbuatan dan perakuan baginda Nabi s.a.w yang menjadi penjelas kepada Al-Quran.
PERBEZAAN TASFIRAN ULAMA
Ulama telah bersepakat bahawa mesti dijatuhkan hukuman bagi peminum arak, sama ada ia minum banyak atau sedikit. Namun ulama berbeza pandangan dalam sekurang-kurang dua perkara iaitu :-
1) Adakah hukuman sebatan ke atas peminum arak adalah dalam kategori hukuman hudud atau hanya ta'zir.
Kebanyakan mazhab seperti Hanafi, Maliki, Syafie meletakkan hukuman sebat ke atas peminum arak sebagai hukuman hudud.
Namun demikian, sebahagian ulama lain seperti At-Tabari, Ibn Munzir, As-Syawkani, Ibn Qayyim, Al-Qaradhawi, Al-Uthaymin menganggapnya sebagai ta'zir semata-mata, yang mana ia terserah kepada hakim untuk menentukan jumlah sebatan dan keperluan untuk menyebat atau tidak.
Menurut Al-Qaradhawi, ia terbukti sebagai ta'zir kerana wujud pelbagai dalil yang menunjukkan :-
a- Jumlah pukulan berbeza mengikut keadaan peminum. Ada yang dikenakan 40 kali dan ada yang dikenakan 80 kali. Sifat hukuman hudud adalah tetap, namun ini berbeza-beza menunjukkan ia hanyalah dari hukuman ta'zir, yang terserah kepada kebijaksanaan hakim menentukan jumlahnya.
b- Dalam salah satu hadis yang tesebut di atas, Abd Rahman Auf r.a mencadangkan kepada Umar agar diletakkan hukuman yang paling rendah berbanding hudud, ini menunjukkan hukuman ini adalah ta'zir kerana menurut majoriti ulama, hukuman ta'zir tidak boleh melebihi hudud.
c- Cara penjatuhan hukuman juga berbeza, ada yang disebat menggunakan sepatu, ada yang menggunakan tangan, baju dan sebahagian lain menggunakan pelepah tamar[7]. Tidak mungkin hukuman ini dari jenis hudud jika sedemikian kerana hukuman hudud semestinya fixed atau tetap jumlahnya.
Berdasarkan penelitian terhadap dalil dan perbincangan para ulama yang panjang lebar dan mendalam, secara peribadi saya cenderung kepada hukuman ini adalah ta'zir dan bukan hudud. Wallahu'alam.
2) Jumlah sebatan yang perlu dikenakan.
Dalam hal ini, para ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-
Pertama : Mazhab Hanafi, Maliki, At-Thawry dan Hanbali : Sebatan sebanyak 80 kali sebatan sama ada lelaki atau perempuan.
Kedua : Mazhab Syafie : 40 kali sebatan sahaja. Namun jika hakim mendapati kesalahannya berat, hakim boleh menambah sehingga 80 kali sebatan, dan lebih dari 40 sebatan itu dikira sebagai ta'zir , manakala 40 sebatan yang awal adalah hudud.
BOLEHKAH PESALAH TIDAK DISEBAT?
Ia bergantung kepada mazhab mana yang dterima pakai oleh Mahkamah Syariah Malaysia, hakim dan negara Malaysia.
Jika Hudud
Jika kesalahan meminum arak diterima sebagai kesalahan hudud sebagaimana pandangan mazhab Syafie. Pesalah tidak boleh dielak dari hukuman sebat tadi kerana hukuman sebat dikira sebagai hak Allah swt. Hak Allah perlu didahulukan dari sekalian hak makhluk dan sesuatu itu termasuk dalam hak Allah apabila kemudaratannya meluas dan umum, seperti zina, riba, murtad dan sebagainya. Namun pelaksanaan hukuman hudud ke atas seseorang pesalah, boleh ditangguh berdasarkan keperluan tertentu.
Dalam kategori ini, semua pesalah walau kali pertama[8] melakukan kesalahan, akan dihukum kerana mudarat ke atas masyarakat umum.
Jika Ta'zir
Jika kesalahan ini dianggap dari jenis Ta'zir, maka hakim mempunyai kuasa untuk mengampun sama ada atas alasan ia kesalahan kali pertama, ia seorang yang lemah, ia seorang tidak sihat dan sebagainya. Demikian menurut mazhab Syafie.
Justeru, sebelum dikritik keputusan hakim, bincangkan terlebih dahulu mazhab mana yang ingin diikuti di Malaysia, khususnya dalam konteks hukum minum arak ini.
SEJAUH MANA SEBATAN INI ADIL?
Pertama
Jika ia benar-benar hudud dan termasuk dalam hak Allah swt, tiada layak manusia yang hina untuk mempersoalkan tentang keadilan, kerana Allah swt sentiasa adil walau menghumban sesorang manusia ke nerakaNya. Allah tetap adil walau Dialah yang menysatkan sekumpulan manusia dan memberi hidayat kepada sebagai yang lain. Kerana Apa adil?? Kerana piawan adil Allah tidak sama dengan manusia yang dicipta. Keadilan Allah adalah kerana dia yang mencipta kita, dan Dia berhak untuk menentukan apa sahaja yang diinginiNya. Jika kita merasakan Allah tidak adil menyesatkan sekumpulan manusia. Individu tersebut perlu memulangkan nyawa yang Allah berikan kepada mereka dan beredar dari galaksi ciptaan Allah swt ini ke sebuah alam ciptaan sendiri.
Kedua
Sebatan ini, tidak zalim sama sekali kerana ia bukan bertujuan menyakitkan seperti sebatan ekor pari yang menghakis kulit, daging dan sampai ke tulang. Sebatan ini hanyalah untuk pengajaran, seperti denda cikgu kepada muridnya, ibu kepada anaknya atas tujuan mengajar, atas asas belas kashian dan bukan dendam kesumat dan ‘geram' memukul.
Hasilnya, pelbagai displin sebatan telah ditentukan dalam hukum Islam iaitu [9] :-
· Tidak boleh dipukul wajah dan kemaluan.[10]
· Alat yang digunakan mestilah tidak besar, bukan tongkat yang besar, ia adalah seperti dahan dan ranting sederhana sahaja.
· Tidak diharuskan si pemukul mengangkat tanganya melebihi paras ketiaknya, atau tidak boleh terlihat bawah lengannya semasa mengangkat pemukul, dam pukulan tidak terlalu menyakitkan, tidak pula terlalu perlahan.
· Yang diangkat adalah sikunya sahaja dan bukan lengan.
· Lelaki disebat secara berdiri, wanita secara duduk.
Adakah jenis pukulan yang sebegini pun dianggap zalim? Jika demikian guru-guru sekolah, ibu bapa, suami memukul, adalah lebih zalim kerana hukumannya tidak dibicarakan di mahkamah.
Bagi saya, jika hukuman sebegini pun masih zalim, tentunya yang menuduh ia zalim itu akan jadi lebih zalim kerana bercakap dan mengkritik tanpa ilmu.
Ketiga
Sejauh mana pula adilnya orang luar seperti Tun Dr Mahathir dan yang lainnya, mempertikaikan hak seorang hakim dalam membuat keputusan?.
Bukankah sang hakim lebih berhak menentukan hukuman yang paling adil disebabkan beliau berada sepanjang sesi perbicaraan dari kedua-dua belah pihak, mendengar pandangan kesemua pembela dan pendakwa. Justeru, adalah TIDAK ADIL bagi orang di luar mahkamah untuk mengkiritk sewenangnya keputusan hakim, sedangkan mereka tidak mempunyai gambaran sebenar di sebalik sesebuah kes. Mungkin sahaja, si pesalah yang reda dan ingin hukuman dilaksanakan. Justeru itulah keadilannya.
Keempat
Bukankah keputusan hakim patut dihormati sebagai menunjukkan autoriti badan kehakiman dari sebarang gangguan luar?. Kita kerap mendengar di mahkamah civil bahawa sebarang keputusan mahkamah tidak boleh dikritik terbuka sama ada di dalam mahkamah atau diluarnya, kerana akan termasuk di dalam kesalahan ‘menghina mahkamah' (contempt of court), lalu mengapa pula pihak yang kurang maklumat di luar ini dengan senang dan mudah mengkritik keputusan mahkamah Syariah?.
Kelima
Di dalam Islam, adil atau tidak bukan terletak pada logik aqal manusia semata-mata, namun adil yang sebenarnya adalah melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah swt dan baginda Nabi s.a.w. Kalau dalam konteks kes ini, pesalah juga telah bersedia menjalani hukuman tersebut sebagai satu proses kesedaran dirinya. Adilkah kita mempersoalkan hak pesalah untuk mendapat hukuman.?
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan kepada beberapa persoalan yang diutarakan oleh Tun Dr Mahathir,
DR. M : Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak?
Ye, benar, bukti-bukti berkenaan wujudnya hukuman ini bersumberkan hadis-hadis yang sohih.
DR. M : Apakah ada larangan dalam Islam untuk mengkanunkan undang-undang syariah?
Di dalam Islam, tiada larangan sama sekali, malah digalakkan bagi mencapai keseragaman dalam keputusan hakim.
DR. M : Jika Kerajaan tidak mengkanunkan undang-undang syariah melalui proses perbahasan dan kelulusan oleh dewan-dewan undangan, atau melalui fatwa oleh ulama-ulama, bolehkah tulisan-tulisan ulama tertentu dijadikan asas hukum mengikut pendapat hakim?
Ini saya tidak pasti, tetapi sepatutnya sesebuah kerajaan negeri bertanggungjawab untuk mengkanunkannya. Namun sebelum ia dikanunkan, pertikaian yang diutarakan memang relevan dalam konteks hukum dunia, namun adalah salah di sisi Islam, kerana semau hukum Islam sepatutnya dikanunkan.
Mahkamah ini pula adalah mahkamah Syariah yang khusus untuk hal ehwal orang Islam dan bukannya mahkamah sivil. Justeru apa ertinya sebuah mahkamah dinamakan ‘SYARIAH' jika keputusan yang berlandaskan hukum Islam juga tidak boleh dilaksanakan. ? Jika demikian, tiada erti nama ‘syariah' pada sebuah mahkamah Syariah lagi.
DR.M : Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil". Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?
Lebih zalim yang mengkritik tanpa ilmu. Hukuman ini adalah adil atau tidak telah diulas di atas, dan ia juga tertakluk kepada penentuan sama ada hukuman sebat peminum arak adalah hudud atau takzir.
DR. M : Sudahkah kita rujuk kepada Al-Quran berkenaan dengan minum beer (arak) dan hukuman yang perlu dikenakan supaya keadilan tercapai?
Oleh kerana dirujuk kepada hukum al-Quran dan Hadis nabi, hukuman tersbeut patut dijalankan. Kerna arak terbukti merosakkan umum dan bukan hanya individu terbabit semata-mata. Cuba lihat dan fahami statistik yang disertakan di atas.
DR. M : Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan.
Boleh rujuk senarai kitab yang dirujuk di dalam nota kaki artikel ini. Itulah kitab-kitabnya. Jika nak lihat gambar kitabnya, saya sertakan salah sebuah darinya yang amat penting. Semoga dapat membacanya dengan faham.
AKHIRNYA DIHARAP TUN DR MAHATHIR SUDI UNTUK MEMBACA ULASAN DAN JAWAPAN SAYA KEPADA SOALAN-SOALAN BELIAU INI.
Gambar : Kitab Fathul Bari Syarah Sohih al-Bukhari, Karangan Imam Ibn HajarAl-Asqolani.
Semoga beroleh manfaat, sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin. net
5 Ramadhan 1430 H
26 Ogos 2009
Komen Member di ruangan lain
Kes Kartika rela disebat
Tetapi malangnya ada yang laknat
Dikatakan sebat tidak tepat
Melainkan mereka itu golongan sesat
Ana ingin bertanya;
1. Sebelum mengatakan sebat itu zalim, apakah mereka tidak kasihan pada mereka yang menjadi mangsa kepada mereka2 yang ketagih arak seperti korban di jalanraya, penderaan rumahtangga, menjejaskan hati dan buah pinggang termasuklah menjadikan mereka tahi arak yang lebih kurang dengan najis dadah. Cuma bezanya arak kelas atasan manakala dadah kelas bawahan jadi tindakanpun berbeza, yang satu hendak dihalalkan yang satu lagi memang diharamkan kerana penggunanya yang berlainan darjat dan kasta.
2. Kenapa bila hendak dihukum dengan syariah maka hukuman tersebut terus dimomokkan mengatakan ianya zalim tak bertepatan dengan sifat perikemanusiaan, tetapi tidak pula kes sebat untuk kes sivil seperti rogol, mencuri dan rasuah, mengapa tiada yang persoalkan? Semuanya ini tidak lebih daripada mainan orientalis yang malangnya disambut oleh jahiliah moden yang tanpa rasa malu mengaku islam contohnya SIS bila berhujah tiada dalil. Lebih malang lagi yang bukan islam pula tumpang sekaki tanpa mereka rasa bersalah mencampuri urusan agama yang seharusnya amat sensitive. Kita juga yang buka gelanggang untuk mereka berdiskusi tentang agama kita, apa kata kalau kita berdiskusi tentang agama mereka mempersoalkan macamana mereka boleh menyembah sesuatu yang tak bernyawa dan dibuat oleh mereka, sepatutnya tuhan mencipta bukan dicipta, apakah mereka boleh duduk diam?
3. Itu baru 6 sebatan, belum lagi hukum sebat untuk mereka yang berzina 100 sebatan. Berkali2 zalim lah Islam ditohmahkan, tetapi apakah mereka tidak lihat akibat perzinaan, kecelaruan anak luar nikah, itupun kalau dibiarkan hidup, apakata yang banyak dibuang sampai ada jadi habuan binatang, apakah itu tidak zalim. Kalau nak dikira baru kesalahan pertama maka berpuluh, beratus, beribu malahan berjuta akan mengatakan ini adalah kesalahan pertama maka hukuman mahu dikecualikan. Kalau beginilah cara kita berhujah dan menggunapakai ikut logic akal maka hancurlah umat dengan gejala social.
4. Itu belum lagi hukum potong tangan untuk pencuri, bukan zalim lagi sudah tentu dikatakan teramat zalim dan kejam. Apakah mereka fikir tentang pencuri aja dan tak terfikir nasib orang yang kena curi. Lihat saja kes ragut manusia tidak takut dengan hukuman sivil walaupun kena penjara dan sebat, sebabnya hukuman ini hukuman yang dicipta manusia bukan nya dari Maha Pencipta yang tahu kelemahan manusia yang barang tentu akan gerun bila melihat tangan dipotong. Apakah kita tidak kasihan kepada mangsa ragut, yang kehilangan harta dan juga nyawa, kepada mangsa rompakan ataupun pencuri, yang puluhan tahun berkerja keras mengumpulkan harta tiba2 hilang diambil orang dalam kurang 10 minit.
5. Gejala rempit sampai sekarang tiada kesudahan, puluhan polis menjadi mangsa rempuhan. Bila dicadangkan sebat akan ada silaknat yang akan membantah kononnya mereka punya hati lebih manusia daripada orang lain.
Islam tetap kuat kerana ianya dipelihara ALLAH, tetapi umat islamlah yang lemah kerana tidak berpegang kepada hukum ALLAH umpama buih yang boleh ditelan oleh kufar bila2 masa.
Hendaklah kita semua berjuang menegakkan islam sepenuhnya. Kita harus memertabatkan hukum syariah, kita sokong hakim2 dan penguatkuasa yang berani menegakkan islam. Kita tentang mereka yang mensyirikkan ALLAH kerana lebih menjaga hati2 kufar yang sentiasa mencari ruang untuk menyerang.
Barang diingat mereka yang mensyirikkan ALLAH tidak berbau syurga. Syirik bukan setakat menyembah berhala tetapi takut dan menjaga kepentingan yang lain selain kepada ALLAH. Menjaga kepentingan jawatan, kedudukan politik ketika berhujah adalah juga syirik.
Hukum Islam adalah sempurna dan lengkap jangan kita persoalkan mengikut kepentingan yang lain termasuk mengikut logic akal.
Wassallam
Wanzah1
Tuesday, August 25, 2009
Konspirasi Selsema Babi Terbongkar!
Perang Konspirasi , Rancangan Rahsia Dajjal , Teknologi Akhir Zaman
Seperti yang telah kami teorikan sebelum ini di dalam dua artikel, kini siaran televisyen Russia Today telah mendedahkan bukti bahawa selsema babi adalah ciptaan pihak-pihak tertentu untuk mewujudkan 'panic situation' .
Pada 25 Jun 2009 lepas, Russia Today telah menemuramah seorang penyiasat konspirasi dari Amerika secara langsung berkaitan usaha pihak Amerika membangunkan virus SwineFlu. Menurut maklumat di dalam temuramah itu (lihat video di bawah), penyiasat konspirasi berkenaan mengesyaki bahawa virus tersebut telah dibangunkan dari dua buah universiti di Amerika dan Kanada.
Daripada temuramah di dalam video di bawah, ada dua maklumat yang boleh kita kemukakan. Pertamanya, bukti bahawa Amerika sebagai dalang penciptaan virus selsema babi adalah hampir jelas.
Persoalan kedua, mengapa stesen TV Russia yang beriya-iya mendedahkannya?
Jawapan ini telah pun kami jawab dalam teori kami pada artikelBahagian 3. Di dalam artikel ke-3 ini telah kami kemukakan bagaimana kerajaan Rusia telah menghidu lebih awal projek-projek senjata biologi cal I srael yang bakal dibangunkan dan salah satunya adalah virus selsemababi.
Artikel konspirasi Selsema Babi
1. K onspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 1) - permulaan pembinaan virus di Amerika Syarikat
2. Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 2) - Projek senjata biologi Amerika dan virus.
3. Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 3) - projek virus rahsia Israel yang diketahui Russia
Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 1)
May 1st, 2009 · 8 Comments · Uncategorized oleh Ibnuyaacob
Permulaan Konspirasi Selsema Babi
Tidak ramai mahu melihat isu Swine Flu dari sudut konspirasi melainkan seseorang itu sememangnya fanatik faktakonspirasi. Maka teori yang kami bentangkan ini, dikira sebagai agenda permulaan untuk menarik perhatian masyarakat tentang sebarang isu dunia.
Semua laporan Swine Flu di akhbar dan TV adalahtepat dan amat meyakinkan dan tiada apa yang perlu dicurigakan. Cuma ada beberapa perkara yang tidak diberi perhatian.
Perkara itu ialah ...
Empat hari sebelum terjumpanya kes Selsema Babi di Mexico, Pengarah Makmal Univerisiti Rockefeller iaitu Dr.Ralph Steinman telah diberi Anugerah Perubatan Albine . Anugerah tersebut diberi beserta saguhati USD500,000.
(Gambar) Dr. Ralph Steinman (Kiri) University of Rockefeller
Steimen terpilih kerana sumbangannya dalam penerokaan dendretic cells malah seorang yang pakar dalam penyelidikan imunilogi dan Fisiologi Selular.
Imunilogi adalah penyelidikan khusus dalam imunisasi (pencegahanpenyakit ) dalam bidang bio-perubatan. Kemungkinan Steimen dan rakan-rakannya akan diberi tanggungjawab palsu utk menangani gejalaswine flu.
Mengapa Perlu Mencurigai Dr. Ralph Steinman?
Kita perlu mencurigainya kerana beliau merupakan tenaga atasan diUniversiti Rockefeller, New York sedangkan kita sendiri sedia mengetahui David Rockefeller adalah antara penaja utama Perang Dunia Kedua .
Tambahan pula, Rockefeller adalah antara individu yang dijangka akan hadir pada mesyuarat Kelab Bilderberg yang bakal berlangsung pada 14 Mei 2009 di Athens.
Selain bertugas di Universiti Rockefeller, Steinman juga memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Institut Trudeau . Institut ini merupakan institut yang dilantik khusus oleh kerajaan Amerika dalam penyelidikan vaksin bersama Kementerian Pertahanan Amerika .
Pada 1 Oktober 2008 , Presiden Bush telah mengeluarkan suatu dana yang amat besar iaitu USD1.6 juta, khusus untuk menampung kos penyelidikan pemvaksinan.
Dengan wang sebanyak itu, Institut Trudeau dan saintis-saintis USNavy telah diarahkan bekerjasama oleh kerajaan Amerika untuk membangunkan satu vaksin jenis Pandemic Influenza . Vaksin ini khusus dalam pencegahan kepada sebarang bentuk selsema yang dibawa oleh binatang.
Usaha sama antara Institut Trudeau dan US Navy ini dilaporkan sendiri di dalam buletin Institut Trudeau pada Oktober 2008.
Amerika Dalang Wabak Selsema Babi
Seperkara yang perlu kita teliti, sekiranya suatu vaksin yang berkaitan selsema telah dibangunkan pada 1 Oktober 2008 , apakah ada kemungkinan kerajaan Amerika telah pun mengetahui bahawa Selsema Babi akan berlaku? atau mereka sendiri yang meranang sebaran wabak itu?
Kerajaan Amerika amat disyaki sebagai dalang bagi penyebaran wabak ini. Jika tidak masakan Presiden Institute Trudaeu, Dr. David Woodland boleh mengeluarkan kenyataan di bawah pada suatu sidang akhbar sempena Hari Anugerah Perubatan pada 1 Oktober 2008 ;
"Clearly we have a consensus that there is significant concern regarding the possibility of another pandemic occurring,"
Jika sekiranya ada di antara rakyat Amerika sendiri yang telah matikerana Selsema Babi, apakah pula faedahnya bagi kerajaan Amerika menyebarkan Selsema Babi ini?
Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 2)
May 3rd, 2009 · 4 Comments · Perang Konspirasi
oleh Ibnuyaacob
Pada 1 Oktober 2008 lepas, Dr. David Woodland dengan secara tidak sengaja telah memberitahu dia menjangkakan bahawa sejenis wabak selsema kemungkinan akan menyerang masyarakat dunia. Kenyataan itu tidak popular ketika itu kerana dunia sudah lupa dengan isu selsema burung.
Namun, kenyataan itu berjaya dihidu sebagai "agenda tersembunyi" oleh seorang penyiasat konspirasi terkenal dari barat iaitu David Icke. Beliau percaya kenyataan Woodland ada agenda tersembunyi yang boleh membangkitkan kesangsian pada masa depan.
Melalui forum konspirasinya itu, Icke cuba mempertikaikan mengapa kerajaan Amerika beria-ia menyumbang dana yang begitu besar dalam penyelidikan wabak selsema.
Pembinaan Senjata Biologi
Jika seseorang individu boleh mencipta vaksin bagi sesuatu virus, sudah pastilah individu tersebut tahu segala selok-belok pembiakan virus tersebut. Maka kerja-kerja untuk menyebarkan virus selsema adalah lebih mudah dari membina vaksin.
Indvidu seperti Dr. Ralph Steinman disyaki sebagai salah seorang yang terlibat secara aktif dalam agenda tersembunyi ini iaitu penyelidikan dan pembinaan senjata biologi ini.
Ralph Steinman disyaki kerana kerja-kerja beliau dibantu oleh saintis-saintis dari pasukan US Navy. Steinman mempunyai ramai pakar-pakar di makmal Universiti Rockefeller tetapi arahan dari Bush untuk bekerjasama dengan saintis-saintis tentera amat meragukan. Tambahan pula makmal Institute Trudeau berada di lokasi yang sama dengan makmal US Navy iaitu di Saranac Lake, New York.
Amerika adalah antara negara yang paling berminat dalam pembinaan senjata biologi sejak 1918 lagi. Keinginan Amerika dalam pembinaan senjata biologi ini menyebabkan kerajaan Amerika menghabiskan lebih USD700 juta sejak zaman Presiden Franklin D. Roosevelt.
(Kiri) Franklin Roosevelt, Presiden Amerika 1933-1945 (Tengah) David Icke, Penyiasat Konspirasi. (Kanan) Richard Nixon, Presiden Amerika 1969-1974.
Pembinaan bioweapons dilihat sebagai satu-satunya cara bagi menghadapi kekuatan negara-negara luar khususnya negara Islam. Senjata biologi tidak memerlukan peperangan, ia hanya memerlukan seorang atau dua orang meletakkan sebaran tersebut di tengah-tengah orang ramai.
Walaupun Presiden Amerika, Richard Nixon telah mengumumkan penamatan sebarang projek penyelidikan pembinaan senjata biologi pada 1969, itu semua merupakan helah semata-mata. Tindakan Nixon dilihat seperti seorang pencinta alam.
Kita perlu sedar bahawa pengumuman yang dibuat pada 25 November 1969 itu adalah satu helah. Ini kerana pembatalan projek yang sudah menelan lebih USD700 juta secara mengejut amat menghairankan banyak pihak.
Analisis kebanyakan penganalisis politik bahawa Amerika akur dengan Protokol Geneva tidak boleh diterima pakai. Memang Amerika menandatangani tetapi, membatalkannya secara mengejut menimbulkannya tanda-tanya.
Pandangan kami ialah, pembatalan program bio weapons pada 1969 adalah helah untuk pembinaan senjata biologi pada masa depan. Ini kerana, National Security Advisor bagi Presiden Richard Nixon ketika itu ialah bapak peperangan Yahudi, Dr. Henry Alfred Kissengger.
Pembukaan Semula Program Senjata Biologi
Semenjak berlakunya kejadian 11 September 2001, Amerika mempromosi sepenuhnya istilah "terrorism". Bagi kes senjata biologi, istilah ini digunakan dimanipulasi oleh pentadbiran George Bush bagi mendesak US Senate membenarkan pembukaan semula Biological Weapons Programme (BWP) yang ditutup oleh Ricahrd Nixon.
Senat bersetuju dengan usul pentadbiran Bush atas alasan kemungkinan pengganas menggunakan senjata biologi dalam serangan-serangan gerila.
Kes sebaran Antrax, Selsema Burung dan kini Selsema Babi sentiasa digembar-gemburkan dengan pengganas walaupun ia direka-reka. Amerika sehingga hari ini bertindak seperti biasa untuk mencari alasan membuka Program Senjata Biologi mereka.
Kaedah yang digunakan adalah sama iaitu menyebarkan wabak, mengorbankan beberapa nyawa di Amerika, kemudian membuat teori kemampuan pengganas menggunakan senjata biologi. Dan teori itu dipopularkan sepenuhnya melalui artikel-artikel dan forum-forum di televisyen dan akhbar.
Kesimpulan
Walaupun selsema babi itu kelihatan seperti serangan alam, tetapi ia tidak mustahil boleh dimanipulasikan bagi kepentingan pihak tertentu. Amerika adalah antara negara yang paling cepat bertindak dalam sebarang kes selsema di dunia.
Amerika adalah negara yang paling cepat mendapat vaksin bagi kes-kes selsema sebelum ini. Amerika juga adalah antara negara pelik.. Setiap kali berlaku isu selsema di dunia, maka setiap itulah pasukan tenteranya menerima peruntukan tambahan.
Kes Anthrax dan Selsema Burung sahaja telah menyebabkan ;
* Biodefense Medical Research and Development menerima peruntukan USD1.6 juta setahun sejak 2003
* Program baru National Biodefense Analysis and Countermeasure Center dibentuk.
* 600,000 orang tentera Amerika diberi imunisasi bagi menahan serangan wabak selsema tetapi rakyat Amerika tidak diberi.
Isu selsema babi amat sesuai dengan kenyataan White House sendiri pada 28 April 2008 yang menyebut;
"Bioterrorism is a real threat to our country. It's a threat to every nation that loves freedom. Terrorist groups seek biological weapons; we know some rogue states already have them.... It's important that we confront these real threats to our country and prepare for future emergencies."
Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 3)
May 5th, 2009 · 8 Comments · Perang Konspirasi, Teori Konspirasi
oleh Ibnuyaacob
flu
Kita telah pun meneliti akan teori-teori dan fakta yang boleh membawa kita memahami siapakah dalang-dalang di sebalik penyebaran wabak selsema babi. Kita juga mungkin boleh meramalkan adakah wabak ini merebak dengan sendirinya atau ianya direbakkan oleh pihak tertentu?
Namun demikian, ada satu pihak lain yang lebih mencurigakan secara tidak sengaja telah membongkar dalang di sebalik merebaknya wabak selsema babi.
Kemungkinan Israel dalang sebenar wabak Selsema
Pada 26 April 2009, kenyataan bekas Pengarah Strategik Israel National Security Council (INSC) iaitu Giora Eiland telah mengejutkan banyak pihak khususnya penyiasat-penyiasat konspirasi.. Beliau berkata dengan penuh yakin;
"I will say that Israel has the best solution to this threat in the world,"
Menurut akhbar Jerusalem Post lagi, Eiland juga memberi isyarat bahawa Israel amat serius dalam program Bio-defense atau Senjata Biologi. Eiland menambah dengan mengatakan;
"I can say with certainty that Israel has prepared a series of steps designed to deal with biological warfare."
Kenyataan Eiland itu boleh menimbulkan pelbagai spekulasi dan teori kerana ia dibuat dalam suasana masyarakat dunia baru sahaja berhadapan dengan kes Selsema Babi. Sedangkan kenyataan yang Eiland keluarkan seolah-olah mereka sudah pun mengetahui bahawa wabak selsema itu akan merebak.
(Kiri) Giora Eiland (Kanan) Uzi Arad
Bukan sahaja kenyataan Eiland yang menimbulkan tanda tanya, tetapi statusnyanya sekarang sebagai bekas pengarah amat diragui. Sepatutnya kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pengarah sekarang iaitu Prof. Uzi Arad yang juga bekas perisik Mossad.
Giora Eiland merupakan pengarah pada tahun 2005-2006, sekiranya kenyataan Eiland mendahului kenyataan Arad, maka tidak syak lagi pembinaan vaksin untuk wabak ini telah pun berlangsung pada zaman beliau menjadi pengarah INSC.
Siapa sebenarnya Giora Eiland?
Jeneral Mejar Giora Eiland merupakan warganegara Israel yang telah berkhidmat dengan Israel Defense Forces (IDF) lebih 34 tahun. Pada 1999, beliau secara rasminya telah dinaikkan pangkat ke status Jeneral Mejar dan diamanahkan sebagai Pengarah Operasi IDF.
Giora Eiland adalah antara individu yang amat berpengaruh di dalam setiap perencanaan dasar peperangan Israel dan Palestin selain Ehud Barak. Beliau juga merupakan antara orang yang bertanggungjawab dalam program pembinaan Senjata Biologi di Israel.
Pada 4 Mei 2009 (Isnin) baru-baru ini, akhbar Los Angeles Times melaporkan hakim mahkamah tinggi Sepanyol iaitu Fernando Andreu telah mengeluarkan kenyataan bahawa mahkamah tinggi Sepanyol akan meneruskan siasatan terhadap jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh 7 orang pegawai tentera Israel berkenaan pengeboman orang awam di Gaza.
Program Pembinaan Senjata Biologi Israel
Program senjata biologi Israel bukan satu program baru dan ianya langsung tidak berpaksikan alasan kejadian 11 September 2001 di New York. Tarikh itu adalah kepunyaan Amerika sebagai modal menjaja akta-akta keselamatan negara khususnya dalam mendapatkan peruntukan membina senjata biologi.
Dalam permulaan pembinaan senjata biologi, Israel menggunakan alasan berbeza daripada Amerika. Alasan yang digembar-gemburkan di media-media antarabangsa ialah peristiwa Holocaust.
Istilah "holocaust" bukan sahaja dibina untuk memalsukan sejarah Israel tetapi ia berfungsi untuk menjadi modal kertas-kertas kerja kementerian pertahan Israel dalam meyakinkan masyarakat Israel sendiri terhadap sebarang persediaan perang.
Pada 1948, Perdana Menteri pertama Israel, David Ben Gurion telah melancarkan satu program pertahanan jangka panjang iaitu program pembinaan senjatan biologi.
Program itu dibina atas dasar memastikan peristiwa Holocaust tidak berlaku lagi kepada masyarakat Yahudi dan ia juga dijadikan alasan sebagai melindungi Israel dari ancaman pengganas.
(Gambar) David Ben Gurion
Langsungan dari propaganda itu, Ben Gurion telah menubuhkan Israel Institute for Biological Research (IIBR) pada 1952. Individu pertama yang diberi tanggungjawab mengendalikan penyelidikan- penyelidikan di IIBR ialah Prof. Ernest Bregmann.
(Kiri) Logo IIBR (Kanan) Bangunan IIBR di Ness Ziona, Israel.
Keunikan IIBR ialah, institut ini diletakkan terus bidang kuasanya di bawah Perdana Menteri Israel disamping menerima sokongan daripada Kementerian Pertahanan. Kini, IIBR mempunyai lebih dari 150 saintis yang berkerja di dalamnya.
Kerapuhan Sistem Keselamatan Israel
Walaupun Israel maju dalam pembinaan sistem pertahanan dan teknologi yang cangih, namun ia masih tetap rapuh dan merisaukan banyak pihak di Israel.
Pada 1983, bekas Pengarah IIBR iaitu Marcus Klingberg telah ditangkap kerana disyaki menjadi perisik kepada Soviet Union. Namun begitu, penangkapannya dirahsiakan oleh pihak Israel sehinggalah ianya didedahkan pada 1998.
Kerapuhan ini menimbulkan satu tanda tanya, bagaimanakah pihak Israel tidak sedar mereka telah melantik perisik di dalam organisasi sulit mereka iaitu IIBR.?
Persoalan kedua, sekiranya kerajaan Soviet Union mengarahkan perisiknya menyamar sebagai pegawai atasan IIBR, maka sudah pastilah IIBR adalah satu unit kecil yang menjadi ancaman besar kepada dunia. Jika tidak masakan Soviet Union mengambil berat tentang IIBR.
Kes terbaru yang berlaku di Israel baru-baru ini pula amat meyakinkan kita bahawa IIBR adalah punca penyebaran pelbagai wabak selsema selain dari Amerika. Pada 20 April 2009, seorang lagi bekas saintis IIBR ditangkap iaitu Dr. Yehoshua Gozas oleh unit keselamatan kementerian pertahanan Israel.
Gozas disyaki telah membocorkan beberapa maklumat rahsia dari IIBR dan kini ia masih ditahan di Tel Aviv. Sehingga sekarang kerajaan Israel tidak mendedahkan dengan siapakah Gozas bekerja.
Kesimpulan
Penyebaran wabak selsema burung, antrax dan selsema babi sekarang ini telah mentakrifkan tujuan tindakan Soviet Union mengintip IIBR sejak 26 tahun dahulu. Pengintipan Soviet Union terhadap IIBR, kes penangkapan Gozas dan kenyataan Giora Eiland dilihat relevan dengan teori bahawa;
"Israel adalah dalang pelbagai wabak dunia."
Kami amat pasti bahawa ada sesuatu yang dilakukan oleh IIBR yang menjadikan negara lain berebut-rebut menyelongkar rahsia-rahsia di dalamnya dalam apa jua cara sekali pun.
http://ibnuyaacob.com/?p=870
Subscribe to:
Posts (Atom)